Kelebihan Menyertai eCosway Berbanding MLM Lain

1) Apa yang membezakan eCosway dengan syarikat MLM yang Lain?
 Syarikat MLM secara amnya mempunyai satu atau lebih ciri yang berbeza daripada Model Pemasaran Bersama eCosway:- 

a) Kebanyakkan syarikat MLM menawarkan produk-produk pada harga yang lebih tinggi bagi produk-produk sama yang ditawarkan dalam kedai-kedai runcit.
Ini adalah disebabkan syarikat-syarikat ini lebih tertumpu kepada merekrut dan membayar para pengedar daripada menawarkan pengguna lebih nilai atau kompetitif di pasaran. Syarikat-syarikat ini tahu asalkan pengedar mereka dapat membuat duit, mereka sendiri akan membeli produk tersebut (harga tidak menjadi penghalang) dan mereka juga akan menggalakkan kawan-kawan serta ahli keluarga mereka untuk membelinya. Ini akan menimbulkan beberapa masalah.
 ·                                 Para pengguna tidak suka dikenakan harga yang tinggi untuk produk-produk, jadi para pengedar menghadapi masalah untuk mengekalkan pelanggan runcit.

·                                 Sejak tahun 1999, sebuah syarikat yang para pengedarnya atau para ahlinya yang membeli produk ( dan bukannya para pelanggan runcit yang tidak terlibat dalam peluang pendapatan) boleh dianggap skim piramid oleh kerajaan A.S.

·                                 Para pengedar yang tidak dapat pendapatan yang secukupnya dengan peluang pendapatan akan ketinggalan dan berhenti daripada membeli produk tersebut sebab mereka tidak mampu lagi.


eCosway TIDAK mengilang atau melabel sebarang produk bagi tujuan mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan barangan yang sama di kedai-kedai runcit. eCosway mencari produk-produk berkualiti daripada merata tempat di dunia (kebanyakan daripadanya jenama yang terkenal) dan menetapkan harga yang sama atau kurang daripada harga runcitnya agar para pengguna boleh membeli produk-produk yang mereka memang perlukan - dengan harga yang mereka sememangnya sanggup bayar .

b) Produk-produk dengan daya tarikan yang terhad - Kebanyakan syarikat MLM hanya menawarkan rangkaian produk kecil yang memenuhi citarasa sekumpulan orang sahaja. Selalunya produk-produk ini adalah produk kesihatan atau produk pengurangan berat badan yang mahal. Produk-produk yang mahal ini terhad pemasarannya dan menambahkan persoalan mengapa produk-produk ini lebih mahal daripada jenama murah lain yang dijual dikedai-kedai. Ada syarikat yang menawarkan produk-produk 'ajaib'/'miracle' (untuk kesihatan, untuk kecantikkan, untuk kereta, untuk kewangan dan lain-lain lagi). Ini memerlukan penerangan yang terperinci sebab orang ramai mesti diyakinkan yang mereka perlukan produk-produk tersebut dan mereka perlu percaya yang 'keajaiban' ini akan benar-benar terjadi. 

Disebalik semua ini eCosway menawarkan beribu-ribu produk yang menarik dan popular. Para Pembeli boleh membeli barangan berjenama yang telah pun mereka kenali dan minati, dan menemui barangan eksotik baru yang tidak mungkin mereka dapat beli dari tempat lain. Dalam sebarang kes ini, para pembeli tidak perlu diyakinkan dan laman web mengandungi semua penerangan yang diperlukan.

c) Had Geografi— - Syarikat-syarikat Pemasaran Berangkai selalunya terhalang kerana faktor-faktor geografi di antara negara-negara/republik-republik di mana mereka telah diasaskan, di mana terdapat ibu pejabat mereka, di mana mereka mempunyai kilang atau pusat pengedaran produk mereka. Ini menjadikan proses perkembangan di peringkat antarabangsa amat perlahan dan sukar. Memandangkan perniagaan pada amnya dijalankan di 'luar talian', para pengedar daripada syarikat-syarikat ini selalunya perlu pergi ke negara-negara /republik-republik yang baru 'dibuka' bagi mencari dan merekrut secara peribadi penduduk negara-negara/republik-republik tersebut. eCosway sebaliknya merupakan satu peluang global tanpa had geografi melainkan had yang dikenakan oleh kerajaan mereka ke atas penduduk mereka sendiri. Daripada saat anda menjadi seorang Pemilik Perniagaan, anda boleh menarik minat para Pembeli dan lain-lain Pemilik Perniagaan daripada seluruh dunia. B.O.S.S. (Sistem Sokongan Pemilik Perniagaan) eCosway membantu anda melakukannya


d) Memakan Masa & Aktivitinya Mahal - Ianya amat sukar untuk berjaya dalam kebanyakan syarikat MLM melainkan anda mampu melabur wang yang banyak dalam produk, bahan pemasaran dan kempen pemasaran dan kemudian menumpukan masa dan usaha yang banyak dalam menghadiri mesyuarat, menerangkan produk-produk, mengambil pesanan, melakukan kerja-kerja menulis dan melatih orang downline anda. 
eCosway boleh dijalankan secara dalam talian pada bila-bila masa sahaja tidak kira siang atau pun malam jadi ianya mengambil masa yang kurang untuk diselitkan ke dalam jadual anda. Pejabat dalam talian anda, statistik rangkaian dan semua sumber untuk bahan latihan boleh didapati 24 jam sehari

e) Rancangan Pampasan Yang Luarbiasa -Kebanyakan syarikat Pemasaran Berangkai menstruktur rancangan pampasan mereka mengikut cara di mana mereka membayar :

·                                 "Banyak dan Cepat' (Ini selalunya bagi skim piramid yang berselindung di sebalik syarikat-syarikat Pemasaran Berangkai.)

·                                 "Sukar dan keras' (Rancangan ini amat sukar bagi orang yang melakukannya secara sambilan, tetapi amat menguntungkan bagi mereka 'rajin berusaha' dan berjaya.)

·                                 "Terbentang luas dan Terhad' (Rancangan ini membuat bayaran kepada ramai orang, tetapi jarang sekali menawarkan potensi pendapatan kepada mereka yang 'benar-benar ingin berjaya.")

eCosway, menawarkan Rancangan Keuntungan unik yang
  • Membayar keuntungan yang cepat sementara anda masih membina rangkaian anda (terima kasih kepada ciri khas yang dikenali dengan "ISO" - Initial Sales Offer).
  • Membayar 12 -28% keuntungan runcit ke atas semua eVolume yang dijana oleh Rangkaian Pembeli.
  • Membayar keuntungan berganda yang menarik dan insentif prestasi cawangan yang tidak terhad kepada bilangan cawangan Pemilik Perniagaan dalam rangkaian anda.
  • Membenarkan anda mengawal eVolume anda agar anda boleh memaksimakan keuntungan anda pada setiap bulan.
  • Membenarkan anda memasukkan eVolume anda dalam simpanan atau anda boleh 'layak secara automatik' pada setiap bulan untuk mendapatkan keuntungan ketika anda sedang bercuti.
   
2) Kekuatan Syarikat
2) Kekuatan Syarikat
eCosway yang dilancarkan pada 2002 merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang giat berkembang pesat dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. eCosway mempunyai ribuan pusat jualan di serata Asia dan juga Australia.

eCosway adalah subsidiari Cosway Malaysia (diasaskan pada 1979) dan ahli Kumpulan Berjaya, sebuah konglomerat utama di Asia yang menjalankan perniagaan berteraskan: Pemasaran Konsumer dan Jualan Terus, Perkhidmatan Kewangan, Makanan & Minuman, Pelaburan & Pembinaan, Hartanah, Pelancongan Berkongsi Masa, Hotel, Resort & Pembangunan Rekreasi, dan Pemegangan Pelaburan. Selain itu, Kumpulan Berjaya juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan berkait-internet, utiliti, penyiaran, media, telekomunikasi dan
pendidikan.




3) Memberi peluang kepada orang lain untuk berjaya bersama-sama

Dalam COSWAY, jaringan yang anda bina tiada batasan, kerana :
- TIADA pangkat/ level dalam sistem eCosway, daripada jutawan eCosway hinggalah yang baru menyertai, semua dikenali sebagai “Business Owner” (BO)
- TIADA insentif kereta mewah
- TIADA insentif melancong ke luar negara
- TAK and meeting sampai tengah malam/pagi
- TAK ada target  penajaan
- eCosway tidak menjanjikan pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Anda tidak akan mendapat pendapatn jika anda tidak berusaha

Bagaimana anda membina jaringan anda dan berusaha memiliki kedai "Free Store Concept" terpulang kepada anda. Anda yang tentukan pendapatan anda sendiri dan terpulang kepada anda untuk membelanjakan pendapatan tersebut.

Sedarkah anda bahawa ramai yang telah berjaya ?

Sebenarnya konsep yang diamalkan oleh COSWAY ini telah memberi pendapatan lumayan kepada ramai orang di Malaysia terutamanya bagi pengguna berbangsa cina. Malangnya bagi pengguna Melayu, ramai masih belum sedar tentang perkara ini. Ini mungkin sikap orang Melayu yang suka membuat pelbagai andaian terlebih dahulu dan akhirnya menangguhkan masa untuk membuat keputusan.
Ini juga disebabkan kurang penonjolan tentang menjana pendapatan dengan sistem COSWAY ini. COSWAY tidak mengeluarkan buku atau risalah tentang kehebatan ahli-ahlinya yang telah ramai menjadi jutawan di seluruh Malaysia terutamanya dari bangsa cina sejak tahun 1979. Di COSWAY, pemberian insentif kepada anda hanyalah berbentuk wang tunai. Tiada ganjaran berbentuk bonus kereta, rumah atau pelancongan dan tiada apa-apa majlis anugerah pencapaian. Dalam COSWAY, masing-masing menjadi jutawan senyap yang menerima pendapatan berjuta-juta ringgit dalam setahun. Anda juga boleh menjana pendapatan seperti ini dengan pembelian barang keperluan harian sahaja.

Maksud Perkongsian Perniagaan COSWAY

Jika anda rekomen, hebah atau bawa rakan anda untuk membeli barang keperluan harian di pasaraya, apa yang anda dapat ? Saya sendiri tidak pernah mendapat 1 (satu) sen pun insentif daripada supermarket, mall, pasar mini, kedai makan atau kedai-kedai lain di atas uasaha saya mewar-warkan jualan barangan mereka. Sebaliknya, COSWAY memberikan insentif yang amat lumayan setiap bulan tanpa menjual satu produk pun. Anda juga boleh mendapat pendapatan bulanan. Apa yang anda perlu buat hanyalah memperkenalkan COSWAY kepada rakan-rakan anda. Mereka akan membeli barang keperluan harian yang berkualiti tinggi pada harga yang jauh lebih murah, dan anda akan mendapat ganjaran setiap bulan. Rakan-rakan anda juga akan mendapat pendapatan setiap bulan setelah mereka juga memperkenalkan COSWAY kepada rakan-rakan mereka juga. Semakin ramai rakan yang berada dalam rangkaian anda, maka semakin besarlah insentif yang akan anda terima setiap bulan. Ini semua hanya dengan barang keperluan harian.

4) Kuasa Leveraging Dalam Perniagaan
Jika anda pernah membaca buku 101 Copycat Marketing oleh Burke Hedges sudah pasti anda sedar akan kehebatan perniagaan yang menggunakan konsep leveraging ini. Dimana keuntungan yang anda peroleh meningkat berkali-kali ganda.



5) Proses Pendaftaran Yang Amat Mudah
Proses pendaftaran yang begitu mudah juga merupakan salah satu sebab mengapa anda harus memilih eCosway. Anda tidak menghabiskan air liur dan keringat jari-jemari anda (untuk menaip) untuk menerangkan kepada prospek bagaimana untuk  mendaftar. Hanya memilih di antara 2 jenis keahlian iaitu VIP Shopper (dengan keahlian RM30 dapat bonus daripada pembelian) atau Business Owner (keahlian RM100 dapat bonus infiniti dari pembelian & penajaan).

Dengan ini , saya harap post ini memberi pandangan yang jelas kepada anda yang mencari-cari peluang perniagaan yang mampu memberikan pulangan yang hebat dan lumayan. Semoga anda dapat membuat keputusan yang sewajarnya sama ada untuk memberi peluang kepada diri anda sendiri menceburi perniagaan ini atau sebaliknya. Buatlah keputusan pada hari ini kerana tiada lagi masa yang terbaik melainkan saat ini.

0 comments:

Post a Comment

Free Website templatesFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesSEO Web Design AgencyMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates